Skip to main content

Posts

Featured

Tangisan Langit

Aku keluar dari perut kereta lalu mengorak langkah masuk ke dalam kafe minuman Chatime. Aku sendirian beratur di barisan kaunter untuk membuat pesanan dengan beberapa orang turut beratur di hadapan aku. Selesai membuat pesanan aku berdiri di tepi kaunter tempat mengambil minuman pesanan aku.   Nombor giliran aku dipanggil lalu aku segera mencapai plastik berisi bekas minuman milik aku namun entah mengapa muncul   tangan melanggar tangan aku. Aku menahan diri daripada hendak marah terhadap entah makhluk mana ni. Aku mengalih wajah menghadap lelaki yang berdiri di sebelah aku. “Sorry.” Ucapnya sepatah lalu terkedu memandang aku. Aku turut tersentak memandangnya. Niat aku yang ingin menayang wajah serius dek rasa amarah terus mati dan aku lama memandangnya tidak berkelip sebelum aku menundukkan wajah lalu mengatur langkah untuk keluar daripada kafe ini. “Ed! Edlyn!” Panggilnya sambil mengejar aku. Aku berhenti walaupun separuh hati aku tidak mahu. “Ada apa?” Aku ...

Latest posts

Wanita Bergelar Ibu